Pilihan Raya Presiden AS 2020 paling sengit, kucar kacir - Utusan Malaysia

Pilihan Raya Presiden AS 2020 paling sengit, kucar kacir

DONALD Trump dan Joe Biden berentap memenangi pilihan raya Presiden AS 2020. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Rakyat Amerika Syarikat (AS) menunaikan tanggungjawab dengan mengundi pada pilihan raya presiden yang disifatkan paling sengit dan ‘kucar-kacir’, melibatkan Donald Trump yang mewakili Parti Republikan dan pencabarnya, Joe Biden dari Demokratik.

Pusat pengundian dibuka seawal pukul 5 pagi waktu tempatan di seluruh negara.

Hampir 100 juta penduduk sudah melakukan pengundian awal sebelum ini, sekali gus menyaksikan penglibatan terbesar berbanding pilihan raya presiden sebelum ini.

Kedua-dua calon juga menghabiskan masa-masa terakhir mereka dengan melakukan kempen di beberapa negeri ‘kubu kuat’ bagi mengukuhkan sokongan para pengundi.

Tinjauan pilihan raya kebangsaan sebelum ini menunjukkan Biden mendahului Trump, namun itu bukan penentu kepada siapa bakal mentadbir AS pada penggal akan datang.

Untuk dipilih menjadi presiden, setiap calon perlu memenangi sekurang-kurangnya 270 daripada 538 pemilih dalam dewan pemilihan atau electoral college.

 

Adakah keputusan diperoleh segera?

Kebiasaannya, keputusan keseluruhan pilihan raya presiden boleh diperoleh selepas semua undian dikira selama beberapa hari, namun calon yang menang boleh diketahui beberapa jam selepas itu.

Pada 2016, Trump membuat ucapan kemenangan pada pukul 3 pagi waktu tempatan di New York selepas mengetahui beliau memenangi pilihan raya presiden.

Namun, pihak berkuasa AS memberi amaran bahawa keputusan pilihan raya presiden kali ini mungkin mengambil masa yang lebih lama iaitu mungkin beberapa minggu susulan trafik pengundi yang tinggi.

 

Andaian tajuk muka depan akhbar

Seluruh dunia pasti ternanti-nanti siapa yang bakal menjadi Presiden AS baharu iaitu sama ada Trump mahupun Biden.

Kebanyakan ketua pengarang akhbar sudah mempunyai gambaran tajuk berita yang boleh dinaikkan untuk berita pilihan raya tersebut.

Antaranya termasuklah:

 

  1. Biden menang mudah

Biden menepati ramalan jika beliau memenangi pilihan raya presiden kali ini kerana tinjauan pilihan raya kebangsaan menunjukkan beliau mendahului Trump dalam segala aspek termasuk menawan beberapa negeri utama seperti di Florida dan arizona.

 

  1. Kemenangan mengejut buat Trump 

Dihimpit dengan pelbagai isu kritikal terutamanya cara pentadbiran beliau menangani kes penularan Covid-19, kemenangan Trump dalam pilihan raya presiden kali ini pasti mengejutkan pelbagai pihak yang dari awal menjangkakan beliau akan kalah.

Perjalanan Trump sepanjang menjadi presiden sepanjang empat tahun ini penuh liku dan beberapa penganalisis politik menyifatkan pemimpin itu sebenarnya ‘merosakkan sejarah yang dibina AS’.

Namun, tidak mustahil di sebalik semua kerosakan yang dicetuskan Trump, masih ada rakyat yang yakin beliau mampu menerajui AS pada masa depan.

 

  1. Kemenangan mengejut buat Biden 

Sama seperti senario tajuk kedua, namun apa yang membezakannya adalah Biden merekodkan kemenangan besar dan kejayaan itu bakal memberi tamparan hebat kepada Trump.

Dalam tempoh akhir kempen, Biden dilihat cuba memancing pengundi dengan isu paling kritikal ketika ini iaitu pandemik Covid-19 dan itu mungkin menjadi satu daripada faktor kemenangannya.

Biden meyakinkan pengundi bahawa sekiranya beliau menang, isu berkaitan Covid-19 akan diberi perhatian sepenuhnya menerusi pelbagai pelan kesihatan yang dirangka, jauh berbeza dengan sikap tidak endah Trump dalam menangani wabak tersebut.

Beliau juga menyediakan pelan pemulihan ekonomi yang amat ditunggu-tunggu oleh rakyat negara ini memandangkan pandemik Covid-19 menjejaskan sumber pendapatan pelbagai pihak. – AFP/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya