Pfizer: Britain ingin dahului AS - Utusan Malaysia

Pfizer: Britain ingin dahului AS

DUA bilion dos vaksin Covid-19 diedarkan ke negara-negara miskin pada tahun depan. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Kerajaan Britain dijangka memberi kelulusan penggunaan kecemasan bagi vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal, Pfizer dan BioNTech pada minggu ini, sebelum pihak berkuasa Amerika Syarikat (AS) berbuat demikian.

Menurut The Telegraph yang memetik sumber kerajaan, pihak perundangan Britain akan memulakan penilaian terhadap vaksin dihasilkan oleh syarikat tersebut.

Jelas laporan itu, Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan Britain juga sudah dimaklumkan untuk bersedia melaksanakan penilaian kelulusan tersebut bermula 1 Disember ini.

Selain itu, vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh Universiti Oxford mampu mencegah jangkitan koronavirus sebanyak 70 peratus.

Biarpun tahap keberkesanannya lebih rendah berbanding vaksin keluaran Moderna dan Pfizer, vaksin hasil Oxford dikatakan lebih mudah untuk disimpan dan harganya juga berpatutan berbanding vaksin yang dihasilkan oleh Moderna dan Pfizer.

Kerajaan Britain setakat ini sudah membuat tempahan awal sebanyak 10 juta dos vaksin tersebut dan mampu dibekalkan kepada 50 juta penduduk.

Sehubungan itu, Setiausaha Kesihatan Britain, Matt Hancock memberi gambaran bahawa negara ini bakal menjalani ‘kehidupan yang lebih selesa’ pada musim panas akan datang.

Dalam pada itu, hampir dua bilion dos vaksin Covid-19 akan dihantar menerusi kapal dan pesawat ke negara-negara miskin pada tahun depan dalam satu operasi secara besar-besaran.

Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF) mengumumkan perkara itu ketika pemimpin dunia berikrar untuk memastikan pengedaran vaksin dilakukan secara adil. 

Menurut UNICEF, pihaknya bekerjasama dengan lebih 350 syarikat penerbangan dan perkapalan untuk mengedarkan vaksin serta satu bilion jarum suntikan ke negara-negara miskin seperti Burundi, Afghanistan dan Yemen menerusi COVAX iaitu sebuah pelan peruntukan vaksin Covid-19 global yang dipimpin Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). – REUTERS/AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya