Pasangan lemas selepas empat hari berkahwin - Utusan Malaysia

Pasangan lemas selepas empat hari berkahwin

MOHAMMAD Malik dan isterinya, Dr. Noor Shah meninggal dunia akibat lemas ketika sedang berbulan madu. - IRUSA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sepasang suami isteri yang baru empat hari berkahwin dilaporkan meninggal dunia akibat lemas ketika sedang berbulan madu.

Lapor Mirror, pasangan tersebut, Mohammad Malik, 35, dan Dr. Noor Shah, 29, sedang bercuti di Caribbean pada akhir bulan lalu ketika tragedi itu berlaku.

Ayah Mohammad Malik, Kolonel R. Maqbool Malik, 70, memberitahu Newsday bahawa pasangan itu ditarik arus pasang-surut yang sangat kuat.

Pasangan itu dipercayai sedang berenang dalam air berkedalaman paras dada berhampiran tempat penginapan mereka sebelum kejadian itu berlaku.  

Insiden itu berlaku di pusat peranginan Kepulauan Turks dan Caicos berhampiran Como Parrot Cay pada 28 Oktober lalu. 

Jelas laporan itu, beberapa saksi menarik keluar Mohammad Malik dan isterinya daripada air serta cuba melakukan bantuan pernafasan kecemasan (CPR) ke atas mereka namun gagal menyelamatkan pasangan itu yang akhirnya meninggal dunia di tempat kejadian.

Mohammad Malik dan Noor Shah berkahwin di Long Island, New York pada 24 Oktober lalu.

Dalam pada itu, abang kepada Mohammad Malik, Ahmad Malik, 25, berkata, pasangan itu kelihatan amat bahagia pada hari perkahwinan.

“Itu adalah hari paling bahagia dalam hidup kami, empat hari sebelumnya ketika kami meraikan perkahwinan mereka di The Carltun di Eisenhower Park,” katanya.

Maqbool Malik berkata, beliau dimaklumkan mengenai berita kematian pasangan oleh Kedutaan Amerika Syarikat (AS) di Bahamas. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN