JAKARTA: Golongan pekerja merancang untuk mengadakan mogok di seluruh negara mulai 10 November ini sebagai bantahan selepas Presiden Joko Widodo (Jokowi) menandatangani Rang Undang-Undang Cipta Kerja.
Jurucakap Gerakan Buruh Bersama Rakyat (Gebrak), Nining Elitos berkata, mogok kerja akan diadakan selama tiga hari bermula 10 November.
“Mogok kerja di seluruh negara akan dilakukan selama tiga hari bermula 10 hingga 12 November bagi membantah pelaksanaan Cipta Kerja dan keputusan kerajaan untuk tidak menaikkan kadar gaji minimum.
“Dianggarkan pekerja di 50 bandar utama di seluruh Indonesia akan menyertai mogok tersebut,” katanya seperti yang dilapor CNN Indonesia.
Namun, Gebrak tidak memaksa golongan pekerja di kawasan daerah untuk melakukan mogok berkenaan kerana dibimbangi boleh mencetuskan tunjuk perasaan.
“Kalau kita boleh hentikan produksi buat sementara waktu untuk beri tekanan terhadap ekonomi dan kerajaan adalah lebih baik daripada melakukan tunjuk perasaan.
“Mogok bukan satu-satunya cara untuk kita tekan Jokowi, malahan Gebrak bersama Gabungan Kesatuan Pekerja Indonesia (KSPI) akan memanjangkan isu ini ke Mahkamah Perlembagaan (MK),” ujar Nining.
Jokowi dilaporkan menandatangani undang-undang omnibus tersebut kelmarin.









