fbpx

Lebih ramai penduduk AS akan mati – Biden

JOE BIDEN

WASHINGTON: Lebih ramai penduduk akan mati sekiranya Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump masih berkeras menghalang usaha peralihan kuasa AS susulan kes jangkitan Covid-19 yang semakin teruk. 

Lapor Reuters, situasi itu ditegaskan bakal presiden AS baharu, Joe Biden yang turut memaklumkan ketua perniagaan dan tenaga kerja menyatakan kesudian bekerjasama membaik pulih ekonomi akibat pandemik tersebut. 

Mereka turut menggesa Covid-19 mesti dikawal sepenuhnya serta Kongres perlu meluluskan undang-undang berkaitan. 

Pemimpin Parti Demokrat itu berkata demikian ketika ditanya dalam sidang akhbar selepas mengadakan perjumpaan bersama ketua pegawai eksekutif (CEO) syarikat terkemuka AS dan pemimpin pekerja. 

Katanya, semua CEO dan pemimpin tersebut sedia bekerjasama malah beliau mengalu-alukan perkembangan vaksin Covid-19. 

Biden berdepan dengan ujian berat apabila beliau bakal mewarisi sektor ekonomi yang meleset, menyaksikan jutaan penduduk kehilangan pekerjaan akibat pandemik Covid-19.

Pandemik itu ketika ini sudah meragut lebih 246,000 nyawa rakyat negara ini.

Menjawab pertanyaan mengenai kesan pentadbiran Trump yang enggan bekerjasama dengan pasukan peralihan Biden bagi membendung wabak itu, katanya lebih penduduk ramai akan mati sekiranya penyelarasan tidak dibuat. 

“Kita perlu memastikan perniagaan dan golongan pekerja mempunyai peralatan, sumber dan panduan kebangsaan mengenai kesihatan dan tahap keselamatan untuk beroperasi secara selamat,” jelasnya. 

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, Twitter, Instagram, Youtube, Telegram & TikTok

BERITA BERKAITAN