Korea Selatan tukar hotel jadi rumah sewa - Utusan Malaysia

Korea Selatan tukar hotel jadi rumah sewa

KOREA Selatan bakal menukar hotel menjadi rumah sewa untuk golongan bujang dan berpendapatan rendah. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Korea Selatan akan menukar taraf hotel dan ruangan pejabat kepada rumah sewa bagi membendung masalah kenaikan sewa yang melambung sehingga menjejaskan golongan bujang serta orang muda yang bergelut mencari kediaman berpatutan.  

Lapor Reuters, pihak kerajaan akan menambah sebanyak 114,000 rumah awam secara pajakan dalam tempoh dua tahun dengan membeli hotel dan pejabat kosong dan menukarnya menjadi rumah studio. 

Menteri Tanah, Infrastruktur dan Pengangkutan, Kim Hyun-Mee berkata, langkah itu diambil selepas pentadbiran Presiden, Moon Jae-In berusaha menyelesaikan krisis pemilikan rumah sejak 2017 yang gagal mengawal kenaikan harga kediaman itu. 

“Hotel di negara ini bakal dijadikan rumah untuk golongan bujang dengan harga yang berpatutan,” katanya. 

Namun, cadangan tersebut dibantah ahli politik dari parti pembangkang dan mendakwa kerajaan gagal mengawal kenaikan harga rumah.

Penganalisis pasaran hartanah, Yeo Kyoung-Hui berkata, terdapat unsur keterdesakan kerana tidak masuk akal untuk membeli hotel, hartanah komersial dan menukarnya kepada perumahan sekali gus boleh menjadi langkah drastik meningkatkan pemilikan rumah. 

“Fokus pemilikan rumah kepada seorang isi rumah boleh mengecewakan golongan keluarga yang mempunyai anak yang sedang mengalami krisis serta bergelut mencari rumah dengan harga berpatutan,” katanya. 

Sebelum ini langkah mengurangkan had ketinggian bangunan dan mengubah tapak tentera menjadi kawasan perumahan gagal mengatasi kekurangan rumah dengan segera.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.