Korban Covid-19 cecah 1.3 juta seluruh dunia - Utusan Malaysia

Korban Covid-19 cecah 1.3 juta seluruh dunia

JUMLAH korban pandemik Covid-19 di seluruh dunia ketika ini direkodkan sebanyak 1.3 juta kes. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VIENNA: Lebih banyak sekatan dan peraturan baharu dikuatkuasakan ketika penularan Covid-19 gelombang kedua melanda kebanyakan negara Eropah, selain menyaksikan jumlah korban global akibat pandemik itu mencecah 1.3 juta orang.

Lebih 53 juta penduduk di seluruh dunia dijangkiti virus tersebut dengan situasi terkini menunjukkan Amerika Syarikat (AS) dan Eropah paling teruk terjejas sehingga memaksa kerajaan negara masing-masing mengambil pendekatan tegas bagi melindungi rakyat daripada wabak berkenaan.

Austria menjadi negara Eropah terbaharu yang mengetatkan perintah berkurung menyaksikan penutupan sekolah dan premis perniagaan tidak penting sebagai langkah pencegahan.

Canselor Austria, Sebastien Kurtz berkata, kerajaannya tidak mampu lagi mengenal pasti kluster jangkitan baharu menyebabkan perintah berkurung diadakan.

Keadaan sama turut berlaku di Greece apabila kerajaan Athens membuat keputusan untuk menutup semua sekolah di seluruh negara.

Di AS, sebanyak 188,858 kes baharu direkodkan dengan 1,596 kematian kelmarin.

Selain itu, berlaku tunjuk perasaan membantah pemakaian pelitup muka di beberapa bandar di Jerman sehingga memaksa pasukan polis menggunakan meriam air untuk meredakan keadaan.

Kira-kira 1,500 penunjuk perasaan memenuhi jalan-jalan utama di bandar Nice, Perancis bagi mendesak kerajaan mengambil pendekatan yang lebih efektif dalam mencegah penularan Covid-19.

Keadaan tegang juga berlaku di Portugal apabila ratusan penduduk berhimpun dan membantah pelaksanaan perintah berkurung.

Sementara itu di India, sambutan perayaan Deepavali disifatkan suram dengan penduduk takut untuk keluar dan berlibur kerana khuatir akan dijangkiti Covid-19 memandangkan negara itu merekodkan antara jumlah kes jangkitan terbanyak di dunia. – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya