Jumlah penduduk dipindahkan meningkat - Utusan Malaysia

Jumlah penduduk dipindahkan meningkat

JUMLAH penduduk yang dipindahkan semakin bertambah susulan peningkatan aktiviti Gunung Merapi. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Jumlah penduduk yang dipindahkan akibat peningkatan aktiviti Gunung Merapi bertambah kepada 635 orang dan angka itu dijangka bertambah sekiranya keadaan terus memuncak.

Lapor CNN Indonesia, status gunung berapi itu ketika ini diletakkan pada tahap berjaga-jaga dan penduduk di kawasan sekitar dilarang berada berhampiran dengan Merapi dalam radius lima kilometer.

Ketua Badan Bertindak Bencana daerah (BPBD) Magelang, Edy Susanto berkata, penduduk yang dpindahkan diletakkan di tujuh pusat pemindahan sementara.

“Jumlah penduduk yang dipindahkan dijangka terus meningkat dalam masa terdekat bergantung kepada keadaan Gunung Merapi.

“Kita menggunakan beberapa bangunan termasuk gelanggang futsal untuk dijadikan pusat pemindahan sementara bagi penduduk yang terlibat,” katanya.

Sementara itu, gunung berapi Sinabung di Karo, Sumatera barat juga dilaporkan menghamburkan debu panas ke udara setinggi 1,500 meter dan berlangsung selama 158 saat

Sehubungan itu, penduduk sekitar di daerah tersebut diarahkan supaya tidak mendekati kawasan gunung berapi berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN