Disangka positif Covid-19, bapa bunuh anak - Utusan Malaysia

Disangka positif Covid-19, bapa bunuh anak

GAMBAR HIASAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis menahan seorang bapa berusia 48 tahun kerana membunuh anak perempuannya yang disangka positif Covid-19 di Kudus, Jawa Timur. 

Lapor Jakarta Post, pihak polis melakukan tangkapan itu selepas menerima ujian penilaian psikologi lelaki tersebut.  

“Penilaian itu mendedahkan pelaku mempunyai kesihatan baik dan tidak mempunyai sebarang penyakit mental. Kami kenal pastinya sebagai suspek minggu lalu,” kata Ketua Jabatan Penyiasatan Jenayah Polis Kudus, Agustinus David. 

Menurut Agustinus, suspek memberitahu pengawai penyiasat yang dia merancang membunuh dirinya selepas mengesyaki mempunyai kontak rapat Covid-19 dengan anaknya, 8 Oktober lalu. 

“Apabila dia bercadang membunuh diri, dia melihat anak perempuannya sedang menonton televisyen dan membuat keputusan membunuhnya sekali,” katanya. 

Jelas beliau, suspek mengetahui anaknya menghidap penyakit asma yang mempunyai masalah pernafasan. 

Dia kemudian mencekik dan cuba membunuh anaknya. Selepas itu, jirannya mendapati suspek terbaring atas lantai dengan luka di pergelangan tangan sementara anaknya berada di kerusi di hadapan televisyen dengan kain sarung di lehernya. 

Kedua-duanya didapati masih hidup ketika itu, tetapi kanak-kanak itu dilaporkan mati semasa tiba di hospital. 

Suspek didakwa mengikut Perkara 338 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum penjara 15 tahun.  

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN