Budak sopak jadi model popular - Utusan Malaysia

Budak sopak jadi model popular

SAMUEL SILVA (kiri depan) bersama ahli keluarganya. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BRAZIL: Selepas dua beradik albino menjadi model terkenal di London, seorang budak lelaki berusia tujuh tahun yang mempunyai sopak di bahagian kepala dan badan turut menjadi model popular antarabangsa di Brazil. 

Ramai yang beranggapan Samuel Silva dari Bahia, memiliki kesan luka akibat terbakar, tetapi kanak-kanak itu sebenarnya dilahirkan dengan Piebaldisme iaitu keadaan genetik yang jarang berlaku menyebabkan kulit dan rambut menjadi tompok putih kerana kekurangan melanin. 

Lapor Daily Mail, keadaan itu turut dialami oleh ahli keluarganya yang turut mempunyai tanda serupa iaitu ibunya,Nivianei Jesus Purifiçao, 41, dan neneknya, Dona Dionisia, 65.   

Ayah saudara dan sepupu Samuel turut mempunyai keadaan kulit sedemikian dan kebanyakan mereka mempunyai tanda sama di dahi serta rambut.

Pada awalnya, ibu dan bapanya berniat mencukur rambut Samuel bagi menyembunyikan rambut berwarna putih itu, tetapi kemudian memutuskan anaknya perlu menerima keadaan itu dan menyediakan akaun Instagram sehingga mengikat kontrak sebagai model. 

Samuel pernah tampil dalam majalah seperti Junior Style London, Bazaar Kids, Dixie Magazine termasuk membuat kemunculan dalam minggu fesyen di Toronto, Paris dan London. 

Keluarga Samuel juga pernah berdepan dengan diskriminasi akibat keadaan tersebut sehingga menyebabkan neneknya terpaksa melitupi dirinya dengan baju lengan panjang dan seluar panjang. 

“Doktor tidak berfikir banyak tentang perkara itu kerana dia sememangnya sihat. Ahli keluarga tidak pernah didiagnosis dan tompok itu hanya dikenali sebagai tanda lahir. 

“Tetapi mereka mengetahui itu bukan vitilago kerana pigmen itu tidak pernah berubah bentuk atau ukurannya,” kata ayah saudaranya, Julio Sanchez-Velo, 53.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.