Bagi tupai makan, wanita didenda RM650 - Utusan Malaysia

Bagi tupai makan, wanita didenda RM650

MEMBERI tupai makan di taman awam menjadi kesalahan di Hounslow, London. - SHUTTERSTOCK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang chef, Maria Lachut, 55, didenda sebanyak 120 pound (RM650) kerana memberi makanan kepada tupai di Lampton Park, Hounslow, di sini. 

Lapor Daily Mail, perbuatan itu merupakan satu kesalahan kerana dianggap sebagai membuang sampah merata-rata di tempat awam.  

Denda itu dikeluarkan oleh pegawai penguat kuasa dengan diskaun sebanyak 80 pound (RM433) jika dibayar dalam tempoh 10 hari. 

Jurutera Perisian, Martyna Lachut, 22, berkata, ibunya menerima denda penalti dan mengetahui pemberian makanan kepada tupai hanya dibenarkan di taman tertentu di Hounslow. 

“Tiada maklumat tertera dalam laman web Majlis Daerah Hounslow yang menyatakan adalah menjadi kesalahan di sisi undang-undang jika memberi makan kepada tupai di taman awam,” katanya. 

Martyna percaya denda itu adalah tidak mengikut undang-undang dan akan membuat rayuan mengenainya. 

Sementara itu, Majlis Daerah Hounslow memaklumkan memberi binatang makan termasuk tupai dan burung merpati menggalakkan kemunculan binatang perosak dan sebab ituperbuatan tersebut tidak dibenarkan terutamanya ketika pandemik Covid-19.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.