fbpx

30 November 2020, 12:42 am

  TERKINI

Aset Ketua Cawangan Maybank dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Polis Indonesia merampas aset milik Ketua Cawangan Maybank Cipulir, yang dikenali sebagai AT berhubung kes menceroboh akaun bank pelanggan kepunyaan atlet e-Sport, Winda Earl berjumlah 20 bilion rupiah (RM5.7 juta).  

Lapor CNN Indonesia, Pengarah Jenayah Ekonomi Khas, Brigadier Jeneral Helmy Santika menjelaskan aset yang dirampas itu terdiri daripada rumah, kenderaan serta wang tunai. 

“Sebuah unit bangunan di kompleks perumahan Jadepark Serpong 2, Gunung Sindur, Bogor dan satu unit bangunan di Central Land Paradise Housing, Parung Panjang, Bogor disita,” katanya. 

Menurutnya, turut dirampas adalah kereta Nissan Livina 2007 dan wang tunai berjumlah 13 juta rupiah (RM3,747). 

Suspek AT didakwa menceroboh baki kad pengeluaran wang automatik (ATM) mangsa dengan menggunakan imbuhan sejumlah faedah dalam skim penjimatan untuk mangsa. 

Setelah akaun simpanan itu diteliti, cerita itu hanyalah rekaan suspek semata-mata. 

Fakta itu turut disanggah oleh Maybank Indonesia yang menegaskan buku simpanan dan kad ATM mangsa disimpan oleh suspek. 

Peguam Maybank, Hotman Paris Hutapea menerangkan kes itu mempunyai beberapa penyelewengan. 

Sebagai contoh, terdapat aliran dana daripada akaun Winda ke Prudential tetapi dipindahkan oleh AT bagi pembelian polisi insurans bernilai 6 bilion rupiah (RM1.7 juta) 

Hotman mengesyaki suspek mengamalkan permainan ‘bank dalam bank’ dengan mengakses wang pelanggan.