Trump, Biden bertembung di Florida - Utusan Malaysia

Trump, Biden bertembung di Florida

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MIAMI: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan pesaingnya, Joe Biden akan bertembung buat pertama kali di Tampa, Florida apabila kedua-duanya dijadualkan bertemu dengan para pengundi selang beberapa jam.

Florida disifatkan sebagai ‘hadiah yang perlu dimenangi’ dengan tinjauan menunjukkan calon yang berjaya menawan negeri itu bakal mentadbir AS dalam setiap pilihan raya presiden negara ini sejak 1964.

Pertemuan kedua-dua calon presiden itu dengan para pengundi dijangka berbeza apabila Trump dilihat tidak mempedulikan protokol kesihatan termasuk enggan memakai pelitup muka dan menjaga penjarakan sosial, manakala Biden lebih selesa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Semalam, Trump berkempen di Arizona, manakala Biden berada di Delaware dan bertemu dengan pakar kesihatan berhubung pelan tindakan mengenai pandemik Covid-19 bagi memastikan pengundinya dapat menunaikan tanggungjawab dalam keadaan lancar serta selamat pada 3 November ini.

Covid-19 mengakibatkan lebih 227,000 kematian di negara ini dan menyaksikan jutaan penduduk kehilangan pekerjaan.

“Saya tidak bertanding atas janji kosong untuk tamatkan pandemik Covid-19. Namun, saya boleh beri jaminan untuk lakukan perkara yang sepatutnya pada hari pertama saya menjadi Presiden AS.

“Kita jadikan sains sebagai panduan kepada keputusan kita,” kata Biden.

Berbeza dengan Biden, Trump pula dilihat ‘mengerah kudratnya’ di Arizona sehingga tidak mematuhi protokol kesihatan termasuk para penyokongnya yang tidak memakai pelitup muka.

Selain itu, Trump juga meramalkan beliau akan memenangi pilihan raya kali ini seperti yang dimenanginya pada 2016.

“Kita akan mendapat kejutan besar dalam tempoh enam hari lagi,” ujar Trump.

Sementara itu, kira-kira 57.4 peratus penduduk negara ini menolak cara Trump menangani krisis Covid-19, manakala 39.8 peratus lagi menyokong tindakan beliau.

Presiden AS itu juga menegaskan Parti Demokrat pimpinan Biden akan ‘menghancurkan negara ini lebih teruk menerusi lebih banyak perintah berkurung’.

“Jika anda undi Biden, maksudnya tiada sekolah, hari graduasi, Krismas dan sambutan Hari Kebangsaan, Jika sebaliknya, kehidupan akan normal seperti biasa,’ jelasnya. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN