Trump berkawan dengan ‘samseng’ - Biden - Utusan Malaysia

Trump berkawan dengan ‘samseng’ – Biden

JOE Biden menyifatkan hubungan Trump dengan Jong-un seperti ‘bersahabat dengan samseng’. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NASHVILLE: Calon Presiden Amerika Sayrikat 2020 dari Parti Demokratik, Joe Biden menyifatkan hubungan pesaingnya, Donald Trump dengan pemimpin Korea Utara, Kim Jong-un seperti ‘bersahabat dengan samseng’.

Dalam sesi debat terakhir, Biden juga mengkritik kesungguhan Trump yang kononnya cuba mengelak sebarang peperangan dengan Korea Utara sepanjang persidangan dengan Jong-un.

“Trump bercakap mengenai sahabat baiknya yang sebenarnya adalah samseng. Hubungan diplomasi beliau dengan Korea Utara sama seperti bekerjasama dengan Hitler,” katanya.

Namun, Biden memaklumkan beliau bersetuju untuk bertemu dengan Jong-un sekiranya Pyongyang bersetuju untuk menjadikan Semenanjung Korea sebagai zon bebas nuklear.

Dalam pada itu, Trump dalam sesi debat tersebut menyatakan bekas presiden, Barack Obama meninggalkan ‘masalah yang besar melibatkan Korea Utara’ dan memberi amaran bahawa perkara itu boleh mencetuskan peperangan nuklear.

“Selepas beberapa persidangan yang dilakukan, hubungan AS dengan Korea Utara semakin baik dan kita dapat mengelak peperangan daripada berlaku.

“Jong-un juga beritahu beliau tidak sukakan Obama dan tidak akan pernah sukakan beliau,” ujarnya.

Sementara itu, Biden yang memegang jawatan timbalan presiden ketika era pentadbiran Obama memaklumkan bekas presiden itu enggan berjumpa dengan Jong-un kerana beliau sudah mengenakan sekatan besar terhadap Pyeongyang.

“Obama secara jelas ingin mengadakan rundingan mengenai menghentikan program nuklear di Korea Utara, bukannya untuk mengiktiraf negara tersebut,” jelas Biden. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya