25 maut selepas ambil vaksin selesema - Utusan Malaysia

25 maut selepas ambil vaksin selesema

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Kerajaan Korea Selatan enggan menghentikan program vaksin selesema biarpun mendapat gesaan daripada pelbagai pihak termasuk 25 kes kematian melibatkan mereka yang mengambil vaksin tersebut.

Lapor Channel News Asia, pihak berkuasa kesihatan negara ini menegaskan kes kematian tersebut tidak mempunyai kaitan dengan vaksin selesema yang diambil.

Agensi Pencegahan dan Kawalan Penyakit Korea (KDCA) memaklumkan sekurang-kurangnya 22 orang yang meninggal dunia termasuk seorang remaja lelaki berusia 17 tahun adalah sebahagian daripada mereka yang terlibat dalam program vaksin percuma yang disediakan oleh kerajaan.

“Jumlah kematian sudah meningkat namun pasukan kami melihat kesemua kes tersebut tidak mempunyai kaitan dengan vaksin yang diambil,” kata pengarah KDCA, Jeong Eun-kyeong.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.