Thailand isytihar perintah darurat - Utusan Malaysia

Thailand isytihar perintah darurat

Thailand mengisytiharkan perintah darurat bagi menghentikan siri demonstrasi pro-demokrasi menuntut peletakan jawatan Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGKOK: Thailand mengisytiharkan darurat dengan melarang sebarang aktiviti perhimpunan melebihi lima orang di bawah perintah itu.

Ia bertujuan menghentikan beberapa siri demonstrasi prodemokrasi yang berlangsung sejak lebih tiga bulan lalu.

Lapor CNN, perintah darurat yang dikuatkuasakan pada pukul 4 pagi waktu tempatan dilaksanakan selepas ribuan penunjuk perasaan berarak dari Monumen Demokrasi di Bangkok bagi menun tut peletakan jawatan Perdana Menteri, Prayut Chan-o-cha.

Penunjuk perasaan turut menggesa pembaharuan institusi raja Thailand.

“Beberapa kumpulan yang didapati mengundang, menghasut dan melakukan perhimpunan haram.

“Terdapat juga aktiviti yang menjejaskan keamanan dan ketenteraman rakyat,” jelas perintah itu.

Kerajaan juga merujuk tindakan penunjuk perasaan menghalang perarakan kenderaan diraja sebagai antara punca bagi melaksanakan darurat tersebut.

“Oleh itu, terdapat bukti mencukupi untuk mempercayai bahawa tindakan keganasan telah dilakukan.

“Ia telah menjejaskan kestabilan, keselamatan, harta benda dan kakitangan kerajaan.

“Ini bukan lagi perhimpunan aman yang harus dibenarkan oleh perlembagaan,” menurut perintah itu.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.