Perlumbaan vaksin Covid-19, siapa menang? - Utusan Malaysia

Perlumbaan vaksin Covid-19, siapa menang?

SINOVAC mungkin mendahului syarikat farmaseutikal lain dalam menghasilkan vaksin Covid-19. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIO DE JANEIRO: China mungkin menjadi negara pertama yang berjaya menghasilkan vaksin untuk mencegah penularan Covid-19, mengatasi negara lain termasuk Amerika Syarikat (AS) dan Rusia.

Perkara itu dikukuhkan apabila vaksin Covid-19 yang dibangunkan oleh syarikat farmaseutikal China, Sinovac Biotech didapati selamat dalam memberi perlindungan terhadap virus tersebut.

Lapor South China Morning Post, hipotesis itu diperoleh berdasarkan hasil awal ujian klinikal vaksin percubaan Covid-19 peringkat akhir yang dijalankan di Brazil.    

Sinovac merupakan syarikat pengeluar ubat pertama yang mendedahkan hasil ujian vaksin percubaan peringkat akhir, meletakkan China di hadapan dalam membangunkan vaksin Covid-19.

Menurut Institut Butantan di Sao Paula, vaksin yang diberi nama Coronavac terbukti selamat selepas dua dos diberikan kepada 9,000 sukarelawan.

Pengarah Institut Butantan, Dimas Covas berkata, data mengenai keberkesanan vaksin dalam melindungi individu daripada jangkitan koronavirus baharu tidak akan didedahkan sehingga ia diuji ke atas kesemua 15,000 sukarelawan dalam beberapa ujian klinikal percubaan.

Setiausaha Kesihatan Negeri Sao Paulo, Jean Gorinchteyn berkata, vaksin tersebut dilihat menghasilkan ejen pelindung untuk menguatkan imunisasi badan. 

Kerajaan Brazil berharap dapat memperoleh kelulusan peraturan bagi Coronavac pada akhir tahun ini bagi membolehkan proses vaksinasi dilaksanakan pada awal 2021.

Sinovac memerlukan Brazil untuk menjalankan ujian klinikal kerana negara ini merupakan satu daripada negara paling teruk dilanda pandemik Covid-19.

Setakat ini, Brazil merekodkan sebanyak 5.2 juta kes jangkitan dengan 154,226 kematian di seluruh negara.

Brazil juga menjadi negara ketiga paling teruk terjejas di dunia selepas AS dan India.

 Sementara itu, AstraZeneca dan Universiti Oxford dilaporkan hampir menamatkan ujian klinikal vaksin percubaan Covid-19.

Pfizer pula berkata, pihaknya dapat memberikan kajian awal ujian klinikal vaksin percubaan pada bulan ini manakala Moderna mungkin mengumumkan hasilnya pada November depan.

Selain itu, Institut Gamaleya di Rusia mungkin mendedahkan kajian vaksin percubaannya pada Disember ini. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya