Penduduk Britain bazir air untuk minum teh - Utusan Malaysia

Penduduk Britain bazir air untuk minum teh

JUMLAH air yang dibazirkan penduduk Brirain untuk buat teh mampu mengisi 28 kolam renang bersaiz Olimpik sehari. - SHUTTERSTOCK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu kajian mendapati penduduk Britain yang gemar minum teh sering membazir air dengan memasak dua kali ganda kuantiti air berbanding apa yang diperlukan. 

Lapor Daily Mail, menurut pembekal tenaga, Utilita, jumlah air yang dibazirkan itu mampu mengisi 28 buah kolam renang bersaiz Olimpik dalam tempoh sehari.

Syarikat itu turut menganggarkan seramai 49.7 juta penduduk yang meminum purata empat cawan teh sehari dilaporkan memasak air yang mencukupi untuk kira-kira 400 juta minuman sehari.

Kuantiti itu jauh lebih besar berbanding 199.1 juta minuman yang diambil.

Menurut syarikat tersebut, jumlah itu sama dengan 69,696,447 liter pembaziran secara keseluruhan, dengan anggaran purata cawan menggunakan 350 mililiter (ml) air.

Dalam pada itu, kajian berkenaan menunjukkan cerek yang dipenuhi dengan air menggunakan lebih banyak tenaga elektrik ketika proses memasak air. 

Oleh itu, Utilia menasihati orang ramai agar berjimat cermat dalam penggunaan air harian bagi mengelakkan sebarang pembaziran.

Utilia juga mendedahkan bahawa tindakan mengisi penuh cerek dengan air sehingga melimpah keluar sama ada secara leka atau tidak sengaja dilihat cara utama penduduk Britain membazirkan tenaga.

Jelas syarikat itu, banyak cerek mempunyai ukuran bagi menentukan jumlah air yang perlu diisi dan rakyat Britain boleh mengurangkan bil elektrik mereka dengan mengambil kira perkara tersebut.

“Sudah tentu ia bertambah, sama ada dari segi penggunaan tenaga dan air dari paip yang biasanya kembali semula ke sinki.

“Ini akan memberi kesan terhadap bil elektrik dan dalam kalangan masyarakat yang lebih luas kerana tenaga yang digunakan akan mengurangkan sumber tenaga tidak boleh diperbaharui,” kata jurucakap Utilia.

Syarikat pembekal tenaga itu menugaskan OnePoll.com melakukan kaji selidik terhadap kira-kira 2,000 orang dewasa bagi mengetahui lebih lanjut mengenai tabiat mengisi air dalam cerek.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya