Netflix calon Chadwick Boseman dalam Oscar - Utusan Malaysia

Netflix calon Chadwick Boseman dalam Oscar

Netflix akan mencalonkan Chadwick Boseman sebagai pelakon lelaki terbaik bagi Anugerah Oscar 2021. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Netflix akan mencalonkan mendiang aktor Chadwick Boseman sebagai pelakon lelaki terbaik bagi Anugerah Oscar 2021 menerusi lakonannya dalam Filem Ma Rainey’s Black Bottom yang akan ditayangkan pada Disember depan. 

Lapor CNN Indonesia, syarikat penstriman filem itu mengesahkan perkara tersebut kepada majalah Variety menerusi kenyataan rasmi yang dikeluarkan. 

Sekiranya pencalonan itu membawa tuah, Boseman bakal menjadi penerima pertama yang dicalonkan bagi aktor lelaki terbaik walaupun sudah meninggal dunia. 

Sebelum ini, status tersebut hanya pernah diraih oleh Massiom Troisi pada Anugerah Oscar 1995 menerusi peranannya dalam filem, II Postino

Menerusi Filem Ma Rainey’s Black Bottom itu, Boseman menggalas watak sebagai Levee yang merupakan pemain trumpet bagi pemuzik wanita dikenali sebagai, Ma Rainey lakonan Viola Davis. 

Filem itu memaparkan perjuangan dua pemuzik yang berdepan dengan penerbit kulit putih yang cuba merampas kawalan dalam proses rakaman album terakhir, Ma Rainey’s pada 1927. 

Berdasarkan laporan Variety, Netflix juga akan mencalonkan Davis bagi Pelakon Wanita Terbaik semasa anugerah Oscar itu nanti. 

Jika kempen membawa Boseman dan Davis itu berjaya, Anugerah Oscar 2021 bakal memahat sejarah dengan meletakkan dua pelakon berkulit hitam daripada filem dan kategori sama 

sekali gus menyaksikan situasi tersebut hanya pernah berlaku pada 1985. 

Boseman meninggal dunia pada 28 Ogos lalu selepas bertarung melawan kanser usus selama empat tahun dan masih menjalani penggambaran biarpun dalam kesakitan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya