Lima maut di Korea Selatan selepas terima suntikan selesema - Utusan Malaysia

Lima maut di Korea Selatan selepas terima suntikan selesema

LIMA maut di Korea Selatan selepas menerima suntikan selesema. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Ketika dunia berlumba menghasilkan vaksin Covid-19, masih ada pihak meragui keberkesanan dan keselamatan kaedah tersebut. 

Lapor Channel News Asia, sebanyak lima orang mati selepas mengambil suntikan selesema di Korea Selatan beberapa minggu lalu sekali gus menimbulkan kegusaran mengenai keselamatan program vaksinasi yang dilaksanakan secara meluas bagi mengatasi risiko komplikasi Covid-19. 

Pihak berkuasa berkata, tiada alasan kukuh setakat ini bagi membuktikan kematian itu mempunyai hubung kait dengan suntikan tersebut namun, satu siasatan termasuk bedah siasat masih dijalankan. 

Naib Menteri Kesihatan, Kim Gang-lip mengumumkan dalam sesi sidang media khas mengenai kematian yang turut meragut nyawa remaja berusia 17 tahun dan seorang lelaki,70. 

Beberapa minggu selepas program vaksin nasional dilancarkan, ia terpaksa ditangguhkan kerana kebimbangan keselamatan serta kematian yang mendominasi berita utama di Korea Selatan. 

Pihak berkuasa kesihatan negara itu menegaskan program suntikan selesema akan diteruskan kerana tiada alasan kukuh membuktikan program itu bersangkut paut dengan kes kematian yang berlaku. 

Pengarah Badan Pengawalan dan Pencegahan Penyakit Korea (KDCA), Jeong Eun-Kyeong berkata, pihaknya akan mengadakan taklimat berhubung penyiasatan mengenai kematian individu akibat suntikan itu dan tidak akan menangguhkan program tersebut. 

Bulan lalu, pihaknya merancang untuk mendapatkan lebih banyak suntikan selesema sebanyak 20 peratus bagi musim sejuk berbanding tahun sebelumnya. 

Keperluan itu bagi menyuntik 30 juta orang dalam usaha mengelakkan sistem kesihatan dibebani oleh pesakit selesema dan Covid-19. 

Namun, permulaan program percuma untuk sekitar 19 juta orang yang layak terpaksa ditangguhkan selama tiga minggu kerana 5 juta dos yang perlu disejukkan terlebih dahulu terdedah kepada suhu bilik ketika dibawa ke fasiliti perubatan.

Vaksin selesema Korea Selatan dihasilkan oleh beberapa syarikat farmaseutikal termasuk LG Chem dan Boryung Biopharma. 

Seorang pegawai Boryung memberitahu Reuters, syarikat itu menyedari kematian yang dilaporkan, tetapi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.  

Berbeza pula bagi LG Chem yang memberitahu pihaknya akan mematuhi prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan. 

Kes Kematian pertama melibatkan seorang remaja lelaki berusia 17 tahun setelah menerima suntikan selesema di Incheon, berhampiran ibu kota Seoul.

Kes terbaharu pula melibatkan seorang lelaki berusia 70-an yang menghidap penyakit Parkinson dan Aritmia meninggal dunia di Daegu sehari selepas disuntik vaksin itu.

Menurut pihak berkuasa Daegu, lelaki berkenaan menerima suntikan vaksin sejak 2015 tanpa sebarang gejala dihadapi sebelum ini. 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya