Kit ujian swab patah, tersekat di paru-paru - Utusan Malaysia

Kit ujian swab patah, tersekat di paru-paru

KIT ujian Covid-19 terpatah dan tersekat dalam paru-paru seorang wanita di hospital di Leicester, Britain. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita mengalami detik cemas selepas kit ujian swab Covid-19 yang dimasukkan dalam saluran tiub pernafasan di lehernya patah dan tersekat di paru-paru ketika menjalani prosedur tersebut di sebuah hospital baru-baru ini.

Memetik laporan portal Mail Online,  wanita berusia 51 tahun itu baru selesai menjalani pembedahan trakeostomi yang memerlukan tiub dimasukkan dalam kerongkong tanpa perlu bernafas melalui hidung atau mulut.

Semasa di hospital, jururawat menguji pesakit terbabit dengan memasukkan kit ujian tersebut di lubang lehernya selepas dia tidak lagi bernafas menggunakan hidung dan mulut.

Namun, alat tersebut  sememangnya dibuat untuk melentur dimasukkan ke dalam tiub uji dan dihantar ke makmal patah semasa prosedur.

Bahagian hujungnya terjatuh dan tersekat dalam paru-paru wanita tersebut dan keadaan itu hanya disedari selepas doktor mendapati paru-paru kanannya mengalami bengkak luar biasa.

Menurut portal itu lagi, ketika petugas memasukkan kamera ke dalam paru-paru, mereka mendapati kit berkenaan tersangkut pada saluran pernafasan dan dapat menariknya menerusi prosedur endoskopi. 

“Kes ini perlu merujuk panduan  jelas tentang bagaimana sampel  SARS-CoV-2 diambil daripada pesakit dengan saluran udara leher depan dan kemungkinan risiko yang terkena” kata pakar perubatan, Dr. Mohammed Hussain.

Pesakit wanita itu baru-baru ini menjalani pembedahan untuk membuang serpihan tengkorak yang memerlukan pembedahan trakeostomi untuk membantunya bernafas.

Dia kemudiannya dibenarkan pulang ke rumah dan perlu mendapatkan keputusan ujian Covid-19 sebelum boleh berbuat demikian.

Pesakit yang dibenarkan keluar dari hospital kini perlu menjalani ujian saringan Covid-19 sebagai prosedur untuk menghentikan penyebaran virus dari hospital ke rumah.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya