JAKARTA: Ketua Staf Presiden Indonesia, Moeldoko menegaskan Rang Undang-Undang (RUU) Cipta Kerja bertujuan memudahkan pelbagai peraturan berhubung sektor pekerjaan supaya tidak mengelirukan golongan pekerja. Beliau berkata, peraturan yang pelbagai dan bertindih secara tidak langsung memicu kepada kerenah birokrasi dan Cipta Kerja dilihat sebagai alternatif terbaik untuk mengubah masalah tersebut. Katanya, penolakan Cipta Kerja secara besar-besaran adalah disebabkan oleh salah faham dalam kalangan penduduk. “Setakat ini, masyarakat sering mengadu tentang birokrasi…










