Hubungan cinta tak direstui, lelaki digantung terbalik - Utusan Malaysia

Hubungan cinta tak direstui, lelaki digantung terbalik

MARIO Natriti bergantung secara terbalik kerana tinggal serumah dengan kekasihnya tanpa mendapat kebenaran ibu bapa gadis tersebut. - VIRAL PRESS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Gara-gara hubungan cinta tidak direstui, seorang lelaki dipaksa bergantung secara terbalik dengan kaki ke atas dan kepala ke bawah selama setengah jam di wilayah Nusa Tenggara Timur sebagai hukuman kerana tinggal serumah dengan kekasihnya.

Daily Mail melaporkan, Mario Natriti, 23, didakwa bersekedudukan dengan teman wanitanya, Desiana, 20, tanpa pengetahuan ibu bapa gadis tersebut.

Keluarga Desiana menentang dia dan Mario tinggal serumah kerana mereka melanggar adat yang melarang mana-mana pasangan untuk tinggal bersama tanpa mendapat kebenaran daripada ibu bapa masing-masing.

Selepas mendapat tahu perbuatan Desiana, keluarganya terus ke rumah mereka dan membawa balik gadis itu ke rumah ibu bapanya.

Mario pula dimarahi ahli keluarga Desiana sebelum mereka menggantung lelaki itu secara terbalik, dengan kaki serta tangannya turut diikat.

Satu rakaman menunjukkan Mario tergantung pada sebuah pagar kayu dan ahli keluarga Desiana berbual dengan beberapa anggota tentera.

Selepas setengah jam, lelaki itu diturunkan dan dia memberitahu kepalanya berasa sakit sebelum dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Dalam pada itu, ibu Mario, Tujuh Juli Yuli menyifatkan insiden tersebut sebagai ‘memalukan anak mereka’.

“Saya menangis bila melihat anak saya dilayan seperti binatang. Dia bukan sahaja digantung terbalik, malah turut ditampar beberapa kali.

“Saya berharap anak saya akan dapat keadilan. Dia bukan penjenayah yang perlu dimalukan sebegitu rupa,” katanya.

Sehubungan itu, wanita tersebut melaporkan kejadian berkenaan kepada polis dan menyerahkan video sebagai bukti.

Ketua Polis Sumba Barat Daya, Joseph Mandagi berkata, polis akan menyiasat insiden tersebut dan menyoal siasat keluarga Desiana.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN