Edar dadah ketika protes tolak Cipta Kerja - Utusan Malaysia

Edar dadah ketika protes tolak Cipta Kerja

POLIS merampas sejumlah dadah jenis methamphetamine dan pil ekstasi yang cuba diedarkan ketika tunjuk perasaan bantah Cipta Kerja berlangsung di Jakarta. - IRSAN MULYADI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Pasukan Narkotik Polis Metro Jakarta Barat menahan tiga pengedar dadah di Pondok Aren di Tangerang Selatan semalam.

Ketua Polis Jakarta Barat, Audie S. Latuheru memaklumkan kegiatan pengedaran itu dilakukan ketika bandar raya ini kecoh dengan tunjuk perasaan membantah Undang-Undang Cipta Kerja.

Katanya, ketiga-tiga suspek tersebut yang masing-masing berusia 34, 22 dan 24 tahun itu disyaki menjadi keldai dadah untuk sindiket pengedaran bahan terlarang dalam penjara.

Selain itu, Ketua Unit Narkotik Jakarta Barat, Ronaldo Maradona Siregar menyatakan penahan tersebut adalah hasil daripada serbuan di Cawang, Jakarta Tenggara.

Beliau menjelaskan, ketiga-tiga suspek tersebut mengambil kesempatan dengan mengedar dadah ketika tunjuk perasaan rancak berlangsung, dengan harapan tindakan mereka tidak dapat dikesan pihak berkuasa.

Katanya, pasukan polis masih menyiasat jika ada mana-mana sindiket penyeludupan dadah turut terlibat ketika siri tunjuk perasaan diadakan di bandar raya ini.

“Kita akan melakukan siasatan secara menyeluruh untuk mengenal pasti jika ada sindiket lain yang turut mengedar dadah ketika demonstrasi berlangsung,” ujarnya seperti yang dilaporkan Jakarta Post.

Sementara itu, polis turut merampas beberapa bahan bukti berupa bungkusan mengandungi dadah jenis methamphetamine dan pil ekstasi.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya