Naik pesawat SIA Changi ke Changi - Utusan Malaysia

Naik pesawat SIA Changi ke Changi

SIA merancang melakukan penerbangan tanpa destinasi pada Oktober ini bagi meningkatkan pendapatan syarikat tersebut. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SINGAPURA: Singapore Airlines (SIA) menawarkan perkhidmatan ‘penerbangan tanpa destinasi’ yang akan bermula dan berakhir di lapangan terbang yang sama.

Bloomberg melaporkan, langkah itu dibuat bagi melonjakkan pendapatan syarikat penerba­ngan tersebut yang terjejas te­ruk akibat Covid-19.

Penerbangan dijangka bermula Oktober ini di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi dan bakal menawarkan beberapa tarikan termasuk penginapan di hotel, baucar membeli-belah dan menaiki limosin.

Kawalan perjalanan yang dikuatkuasakan bagi mencegah penularan Covid-19 menjejaskan industri penerbangan di seluruh dunia dan SIA turut terkesan apabila syarikat tersebut tidak memiliki operasi pe­nerbangan domestik.

Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa menjangkakan trafik penumpang tidak akan pulih sehingga 2024.

SIA bukan satu-satunya syarikat penerbangan yang menawarkan penerbangan tanpa destinasi apabila syarikat penerbangan Jepun, ANA Holdings Inc. dan Starlux Airlines milik Taiwan turut mengambil langkah sama.

Rancangan itu diperoleh selepas Singapore Air Charter menunjukkan kira-kira 75 peratus daripada 308 responden sanggup membeli tiket penerbangan berkenaan.

Terdahulu, SIA mengumumkan langkah pengurangan staf sebanyak 20 peratus atau kira-kira 4,300 pekerja melibatkan tiga syarikat penerbangan di bawahnya susulan pandemik Covid-19.

Dalam pada itu, syarikat pe­nerbangan Thai Airways mengambil inisiatif mewujudkan kafe berkonsepkan hidangan serta suasana seperti dalam pesawat.

PRAMUGARI Thai Airways melayan tetamu di sebuah kafe berkonsepkan dalam pesawat di Bangkok, Thailand. – AFP

 

Pengunjung menikmati hidangan atas kerusi pesawat dan dilayan mesra pramugari yang lengkap beruniform.

Selain berpeluang duduk dalam kelas pertama, pengunjung boleh masuk ke bahagian kokpit pesawat dan ‘berpura-pura menjadi juruterbang’.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya