Eid Mubarak Tanah Suci, dunia - Utusan Malaysia

Eid Mubarak Tanah Suci, dunia

Sebelum wabak Covid-19 muncul, hampir 300,000 umat Islam dari Malaysia mengerjakan umrah setiap tahun iaitu kelapan paling ramai dalam kalangan jemaah asing.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Allahuakbar…Allah­u­akbar…Allahuakbar…

Laungan takbir berkumandang di masjid-masjid seluruh dunia sejak awal pagi ini de­ngan umat Islam menyambut Aidil­adha penuh kesederhanaan di tengah-tengah ‘keganasan’ Covid-19.

Pandemik itu menuntut solat sunat hari raya dilakukan secara penjarakan fizikal selain kewajipan memakai pelitup muka.

Di Masjidilha­ram, solat sunat Aidiladha melibatkan jumlah jemaah yang kecil di­imamkan Sheikh Dr. Abdullah Awad al-Ju­hany.

Khutbah Aidil­adha antara lain mengajak umat Islam khususnya jemaah haji mentaati perintah Allah SWT selain peri­ngatan kewajipan haji bagi yang berkemampuan, yang membawa ganjaran besar.

Dalam khutbahnya, Sheikh Dr. Abdullah turut memuji langkah kerajaan mengehadkan jumlah jemaah haji bagi membendung penularan Covid-19 dan itu adalah salah satu tujuan syariah Islam dalam memelihara kehidupan.

Di Madinah pula, sejumlah jemaah menunaikan solat sunat Aidiladha di Masjid Nabawi yang dipimpin Imam Syeikh Ahmed Talib dan dihadiri Gabenor Madinah, Putera Faisal Bin Salman serta timbalannya, Putera Saud Bin Khaled al-Faisal.

 

PERUTUSAN RAJA SALMAN

Arab News melaporkan, Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al Saud, 84, yang dibenarkan keluar hospital selepas 10 hari menerima rawatan bagi membuang hempedu semalam mendoakan agar umat Islam khususnya jemaah haji tahun ini dikurniakan kesihatan dan dirahmati Allah.

Dalam perutusan khasnya, ba­ginda turut mendoakan agar pandemik Covid-19 segera berakhir.

Raja Salman menjalani pembedahan membuang hempedu di hospital pakar Raja Faisal di Riyadh.

 

TIADA ISU KESIHATAN

Dalam pada itu, jurucakap Kementerian Kesihatan Arab Saudi, Mohammed al-Abd al-Ali berkata, jemaah haji berada dalam keadaan baik dan tiada kes jangkitan Covid-19 dilaporkan.

Katanya, pasukan perkhidmatan kesihatan sentiasa bersedia dan ditempatkan di lapangan ketika jemaah berada di Arafah dan Muzdalifah.

Jurucakap keselamatan di Kementerian Dalam Negeri, Leftenan Kolonel Talal al-Shalhoub pula berkata, pasukan keselamatan ditugaskan bagi menjaga penjarakan fizikal jemaah dan menghalang mereka yang tidak dibenarkan menunaikan haji memasuki Tanah Suci.

Jemaah semalam melakukan tawaf haji.

 

CONTOHI ARAB SAUDI – WHO

Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Dr. Tedros Adhanom Ghebreyesu tidak ketinggalan mengucapkan salam Aidiladha kepada umat Islam selain memuji kerajaan Arab Saudi atas langkah-langkah memastikan jemaah haji ber­ada dalam keadaan baik.

Menurut laporan Saudi Press Agency, beliau berkata, apa yang dilakukan pemerintah Arab Saudi adalah contoh terbaik bagi negara-negara lain menyesuaikan diri dengan kebiasaan baharu.

Katanya, penularan Covid-19 tidak bermakna hidup sudah berakhir sebaliknya dunia perlu belajar hidup bersama dengan saling melindungi antara satu sama lain.

Ketika ini kumpulan penasihat teknikal terdiri daripada 22 pakar ditubuhkan bagi memberi nasihat kepada WHO mengenai maklum balas pantas Covid-19.

 

AIDILADHA SELURUH DUNIA

Dalam pada itu, Aidiladha di beberapa negara di­sambut mengikut situasi semasa negara.

Di Afghanistan, tentera kerajaan dan Taliban bersetuju me­nguatkuasakan gencatan senjata selama tiga hari dengan ramai pihak berharap tindakan itu membawa kepada rundingan damai bagi menamatkan konflik hampir dua dekad.

Lain pula di Lebanon apabila kerajaan mengisytiharkan pe­rintah berkurung ekoran pe­ningkatan jangkitan Covid-19 manakala Pakistan, Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Algeria melarang himpunan melibatkan jumlah yang ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.