Tiada arahan pakai pelitup hidung, mulut - Utusan Malaysia

Tiada arahan pakai pelitup hidung, mulut

DONALD TRUMP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump berikrar tidak akan mengarahkan rakyatnya memakai pelitup hidung dan mulut bagi menangani penularan wabak Covid-19.

Kenyataan itu dibuat selepas pakar penyakit berjangkit terkemuka AS, Dr. Anthony Fauci menggesa semua pemimpin bertindak tegas dalam soal pemakaian pelitup hidung dan mulut di negara ini.

Lapor portal BBC, Trump dalam satu temubual dengan Fox News berkata, beliau tidak bersetuju dengan cadangan pemakaian penutup hidung dan mulut dijadikan sebagai perintah.

Kata Trump, ini kerana setiap individu harus mempunyai ‘kebebasan yang tertentu’.

Awal minggu ini, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) mengeluarkan kenyataan menggesa orang ramai memakai pelitup hidung dan mulut.

“Kita tidak mampu melawan Covid-19. Jadi, penutup hidung dan mulut merupakan salah satu ‘senjata paling kuat’ yang kita ada untuk menghentikan penularan virus terutamanya ketika digunakan secara menyeluruh dalam kalangan masyarakat,” kata Pengarah CDC, Dr. Robert R Redfield.

Isu pemakaian pelitup hidung dan mulut menjadi kontroversi di AS.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.