fbpx

Remaja perempuan tembak mati dua pejuang Taliban

QAMAR Gul memegang senapang ketika menembak mati dua anggota Taliban. - AGENSI
  • Oleh Sheila Rani A/P Chandrasekaran
  • 21 Julai 2020, 6:51 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GHAZNI: Seorang remaja perempuan warga Afghanistan menembak mati dua pejuang Taliban dan mencederakan beberapa yang lain selepas ibu bapanya dibunuh kerana menyokong kerajaan.

Menurut ketua polis tempatan, Habiburahman Malekzada, kejadian itu berlaku minggu lalu ketika beberapa pemberontak menyerbu rumah remaja berkenaan, Qamar Gul yang berasal dari sebuah kampung di wilayah tengah Ghor.

Katanya, pejuang Taliban itu mencari bapa Gul yang merupakan ketua kampung. 

Jelas beliau, bapanya merupakan seorang penyokong kerajaan dan sebab itu pejuang Taliban menyerbu serta mengheret keluar dari rumahnya. 

Habiburahman berkata, ketika isteri ketua kampung itu menentang, pejuang Taliban bertindak membunuh pasangan tersebut di luar rumah mereka.

“Qamar Gul yang berada di dalam rumah bertindak mengambil senapang jenis AK-47 yang dimiliki keluarganya dan menembak mati dua pejuang Taliban yang membunuh ibu bapanya, kemudian mencederakan beberapa yang lain,” katanya.

Menurut beberapa pegawai, Gul berusia antara 14 hingga 16 tahun. – AFP

Dikemaskini pada