fbpx

Paragone tubuh parti Italexit

GIANLUIGI PARAGONE
  • Oleh Metra Syahril Mohamed
  • 23 Julai 2020, 6:37 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ROME: Senator Itali, Gianluigi Paragone melancarkan sebuah parti politik yang bertujuan mengeluarkan Itali dari Kesatuan Eropah (EU), sejurus selepas Rome memperoleh perjanjian dana pemulihan Covid-19 dengan blok itu.

Paragone, bekas wartawan televisyen, mengumumkan parti ‘Italexit’ dua hari selepas London mengadakan perbincangan dengan pemimpin Parti Brexit yang berperanan penting dalam keputusan Britain keluar dari EU.

Beliau juga merujuk kepada tinjauan Piepoli Institute akhir bulan lalu yang mendapati tujuh peratus penduduk Itali kemungkinan mengundi parti yang berkempen untuk meninggalkan EU. – AFP

Dikemaskini pada