fbpx

Korea Selatan lancar satelit komunikasi ketenteraan

ROKET Falcon 9 yang membawa satelit ANASIS-II berlepas dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di Florida, Amerika Syarikat. - AFP
  • Oleh Adlinahani Binti Khalil
  • 21 Julai 2020, 6:02 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: SpaceX melancarkan satelit komunikasi ketenteraan Korea Selatan yang pertama ke angkasa lepas.

Menurut Pentadbiran Program Pemerolehan Pertahanan Korea Selatan (DAPA), satelit ANASIS-II dilancarkan dari Stesen Tentera Udara Cape Canaveral di Florida pada pukul 5.30 petang waktu tempatan semalam.

“Pelancaran itu menjadikan Korea Selatan sebagai negara ke-10 dunia mempunyai satelit komunikasi ketenteraan sendiri,” jelas pentadbiran itu seperti dipetik al-Jazeera.

Korea Selatan akan mengendalikan sistem satelit sepenuhnya pada Oktober ini.

Agensi berita Yonhap memetik Kementerian Pertahanan Korea Selatan melaporkan, satelit tersebut dijangka meningkatkan operasi ketenteraan negara.

Dikemaskini pada