Kes jangkitan Covid-19 di India cecah satu juta - Utusan Malaysia

Kes jangkitan Covid-19 di India cecah satu juta

PETUGAS kesihatan mengambil sampel swab di Mumbai, India. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW DELHI: India menjadi negara ketiga di dunia yang mencatat satu juta kes jangkitan Covid-19, selepas Brazil dan Amerika Syarikat (AS) yang menyaksikan peningkatan berterusan.

Sehingga kini, Covid-19 membunh lebih 588,000 orang dan menjangkiti hampir 14 juta di seluruh dunia sejak kali pertama dikesan di China akhir tahun lalu.

India merekodkan satu juta kes sehari selepas kes jangkitan di Brazil mencecah dua juta.

 

KES jangkitan Covid-19 kini melepasi angka satu juta. – AFP

 

Dengan lebih 600 orang maut setiap hari di India, tindakan perintah berkurung telah dilaksanakan semula di negara dengan jumlah penduduk kedua terbesar di dunia itu.

Mumbai dan New Delhi dilihat sebagai ‘titik panas’ utama kes Covid-19 di negara ini tetapi jangkitan di bandar dan kawasan luar bandar yang lebih kecil mulai menimbulkan kebimbangan.

Wilayah pelancongan pesisir Goa menjadi lokasi baharu yang berada dalam pelaksanaan perintah berkurung. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.