fbpx

Biar jumlahnya kecil, perlu ‘usaha berganda’

RAJA Salman Abdulaziz al Saud berjalan keluar dari hospital di Riyadh. - AFP
  • Oleh Metra Syahril Mohamed
  • 31 Julai 2020, 7:14 pm
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz al Saud bertitah, pengurusan haji tahun ini, biarpun jumlah jemaah dikecilkan, memerlukan ‘usaha berganda’ oleh pihak berkuasa di tengah-tengah penularan Covid-19.

Hanya sekitar 10,000 orang yang menetap di Arab Saudi sahaja dipilih untuk menunaikan haji, satu jumlah yang cukup kecil berbanding 2.5 juta jemaah dari serata dunia tahun lalu.

“Melakukan ibadah haji di sebalik pandemik ini, memerlukan jumlah jemaah dikurangkan tetapi semua agensi perlu melakukan usaha berganda,” titah baginda yang dibacakan secara langsung oleh Pemangku Menteri Media, Majid al-Qasabi.

Titah Raja Arab Saudi itu bersempena Hari Raya Aidiladha sehari selepas baginda dibenarkan keluar dari hospital ekoran menerima rawatan bagi membuang hempedu. – AFP

Dikemaskini pada