Tiga penjenayah dikehendaki mati ditembak di Menglembu - Utusan Malaysia

Tiga penjenayah dikehendaki mati ditembak di Menglembu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 27 Januari 1978, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seorang ketua penjenayah dan dua orang kanannya ditembak mati oleh polis di sebuah lombong lama di Bukit Merah, Menglembu, Ipoh, Perak.

Ketiga-tiga penjenayah itu ditembak mati setelah mereka tidak mengendahkan arahan pihak polis supaya menyerah diri dalam satu serbuan dan cuba menembak anggota polis dengan senapang patah. Mereka yang terbunuh dikenali sebagai Chan Ah Lek atau ‘Malai Chai‘, 27 tahun, Yew Yook San, 29 dan Ng Chee Keong, 22.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 27 Januari 1975 – Seorang doktor tentera dari Ipoh, Dr. Teoh Boon Hue, 29 tahun telah diikat pada sebatang pokok oleh tiga orang perompak dan melarikan wang tunai serta sebuah kereta miliknya di Kampung Dew, Taiping, Perak.
  • 27 Januari 1976 – Bekas juara tinju heavyweight Eropah, Joe Bugner dihadapkan ke mahkamah di Britain atas kesalahan gagal mengisytihar cukai pendapatan.
  • 27 Januari 1978 – Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Datuk Abdul Samad Idris mengumumkan bahawa, kerajaan telah meluluskan perlembagaan Majlis Seni Silat Kebangsaan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN