Pada 28 Januari 1985, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Menteri Pelajaran, Tun Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan guru-guru supaya jangan menjadikan soal gaji kecil, kurikulum yang membosankan atau penglibatan dalam kegiatan sosial, ekonomi dan politik di luar sekolah sebagai alasan untuk mengabaikan tugas sebagai pendidik yang bertanggungjawab.
Beliau turut memberi kata dua kepada guru-guru yang terlalu aktif berniaga sehingga menjejaskan prestasi mereka di bilik darjah.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 28 Januari 1984 – Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Mohd. Salleh mengumumkan, kerajaan negeri akan meneruskan pembinaan kilang pulpa dan membuat kertas yang pertama di Malaysia dengan kos RM1.265 bilion.
- 28 Januari 1985 – Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak menggesa orang Melayu supaya menghidupkan semula budaya niaga yang dihapuskan oleh penjajah bagi melihat lebih ramai usahawan bumiputera diwujudkan.
- 28 Januari 1986 – Seorang pemandu bas Syarikat Kenderaan Melayu Kelantan (SKMK) dipecat kerana memasang pita-pita rakaman ucapan para pemimpin PAS dalam bas yang dipandunya.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]










