Pegawai kerajaan yang bersalah adalah pengkhianat - Utusan Malaysia

Pegawai kerajaan yang bersalah adalah pengkhianat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 23 Januari 1980, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Sultan Kedah menganggap pegawai-pegawai kerajaan yang terlibat dalam melakukan pelbagai kesalahan adalah pengkhianat terhadap rakyat dan negara.

Baginda turut menganggap pegawai-pegawai kerajaan seperti itu sebagai seorang yang rendah budi dan martabatnya, sedangkan mereka sendiri menyedari kejahatan yang mereka lakukan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 23 Januari 1982 – Bank Pembangunan Asia (ADB) telah meluluskan satu rancangan bantuan teknikal untuk bantuan reka bentuk dan pembinaan 10,000 unit rumah kos rendah di Malaysia.
  • 23 Januari 1983 – Pejabat Kadi Daerah Kuala Muda sedang menyiasat kejadian dua orang guru agama lelaki yang mengajar Al-Quran dan tajwid bertumbuk di dalam masjid.
  • 23 Januari 1984 – Jabatan Pelajaran Terengganu sedang menyiasat satu laporan mengenai kegiatan di Besut yang menggunakan murid sekolah bagi menyebar risalah mengecam kerajaan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN