Kilang Lam Soon meletup, empat terbunuh - Utusan Malaysia

Kilang Lam Soon meletup, empat terbunuh

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 22 Januari 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan empat orang pekerja sebuah syarikat servis pendingin hawa terbunuh, manakala seorang lagi cedera parah dalam satu letupan kuat yang berlaku di kilang Lam Soon, Jalan 205, Petaling Jaya, Selangor.

Letupan tersebut berlaku secara tiba-tiba pada pukul 9.10 pagi ketika kelima-lima orang pekerja Syarikat Cooling Process Industry Malaysia sedang melakukan kerja-kerja penyelenggaraan kerosakan janakuasa pendingin di bahagian atas tangki kilang berkenaan.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 22 Januari 1976 – Naib Canselor Universiti Malaya, Profesor Ungku Aziz menegaskan, mahasiswa UM yang didapati menggunakan dokumen palsu untuk memasuki universiti itu akan disingkirkan serta merta.
  • 22 Januari 1977 – Suruhanjaya Tinggi Kanada di Malaysia telah menyumbang sebanyak RM48,650 kepada tabung pembinaan bangunan Ibu Pejabat Bulan Sabit Merah di Kuala Lumpur.
  • 22 Januari 1978 – Menteri Kemajuan Tanah dan Wilayah, Tan Sri Abdul Kadir Yusof mengumumkan, FELDA bakal membuka 500,000 ekar tanah dalam tempoh Rancangan Malaysia Ketiga.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN