Dua lelaki mati tertimbus tanah runtuh di Puchong - Utusan Malaysia

Dua lelaki mati tertimbus tanah runtuh di Puchong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 4 Disember 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan dua orang mati tertimbus dan seorang lagi cedera parah apabila sebahagian daripada rumah yang mereka diami ditimbus tanah runtuh sedalam 1.3 meter di Taman Tenaga, Kampung Tenaga, Jalan Puchong, Selangor.

Dua lelaki yang terbunuh dikenali sebagai Osman Omar, 27 tahun, seorang juruteknik Jabatan Telekom dan adik iparnya, Ahmad Zaki Man Hussein, 21 tahun yang merupakan pekerja kilang Motorola. Isteri Allahyarham Osman, Ramziah Man Hussein, 25 hanya mengalami kecederaan.

 

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 4 Disember 1979 – Kerajaan Negeri Johor bersetuju menyediakan kawasan tanah seluas 41,100 ekar bagi dimajukan oleh pihak Felda bermula tahun 1980.
  • 4 Disember 1982 – Rancangan Desa Usaha (RDU) Kampung Asam Jawa, Pulai, Baling muncul sebagai johan dalam Pertandingan RDU KEMAS peringkat Negeri Kedah pada tahun ini.
  • 4 Disember 1984 – Kerajaan Persekutuan akan mengurangkan kadar cukai jalan bagi motosikal dibawah 75CC daripada RM55 kepada RM50 setahun menerusi belanjawan 1985 yang telah dibentangkan.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN