6 askar AS maut, 18 cedera sejak perang Iran bermula

6 askar AS maut, 18 cedera sejak perang Iran bermula

GAMBAR fail beberapa askar AS di Washington. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON – Jumlah anggota tentera Amerika Syarikat (AS) yang terkorban telah meningkat kepada enam orang sejak permulaan perang dengan Iran, menurut kenyataan oleh Pusat Markas AS (CENTCOM) pada Isnin. 

Ini menaikkan jumlah kematian daripada empat yang dilaporkan sebelumnya selepas tentera AS dan Israel menyerang Iran, Sabtu lalu.

Menurut CENTCOM dalam hantaran di platform X bahawa tentera AS baru-baru ini menemui dan mengembalikan jasad dua askar yang sebelum ini tidak dapat dikenal pasti, daripada sebuah fasiliti yang terkena serangan semasa serangan balas awal Iran.

Menurut laporan, serangan itu berlaku dalam konteks konflik yang semakin meluas antara AS–Israel dan Iran.

Ia melibatkan serangan udara, peluru berpandu dan dron yang mencetuskan gelombang kebangkitan serta tindak balas di seluruh Asia Barat.

Pengumuman itu dibuat ketika berlaku tempoh 72 jam serangan dan serangan balas berintensiti tinggi yang berterusan sehingga telah meruntuhkan struktur kepimpinan tentera Iran dan mencetuskan krisis kemanusiaan di rantau itu.

Pada petang Isnin, Setiausaha Perang, Pete Hegseth mengesahkan bahawa dua anggota tentera yang hilang semasa serangan pada 28 Februari, telah ditemukan jasad mereka berhampiran lokasi impak peluru berpandu di Kuwait.

Pentagon hanya mendedahkan sedikit maklumat mengenai anggota tentera yang terkorban dan cedera, tetapi menyatakan dalam kenyataan pada Ahad bahawa beberapa askar  lain mengalami kecederaan serpihan ringan dan gegaran otak.

Sekurang-kurangnya 18 anggota tentera Amerika  mengalami kecederaan serius, kata pegawai Pentagon kepada beberapa saluran berita awal Isnin. – AGENSI/AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN