Pada 20 November 1984, akhbar Utusan Malaysia melaporkan tiga orang pekerja terbunuh dan dua lagi dimasukkan ke hospital akibat terhidu gas beracun dalam sebuah tongkang di tapak projek tambak laut, Taman Kota Laksamana, Tengkera, Melaka.
Mereka yang terbunuh ialah para pekerja kimpalan yang dikenali sebagai Mohd. Nor Mohd. Tiah, 29 tahun dari Jasin, warga Indonesia, Safri Basir, 21 dan Tay Guan Sah, 25 tahun.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 20 November 1979 – Majlis Perbandaran Kota Setar akan membelanjakan sebanyak RM7.5 juta untuk tahun depan dalam usaha memaju dan memodenkan bandar supaya lebih cantik dan bersistem.
- 20 November 1982 – Pengiran Mariam Abdul Aziz menjadi wanita pertama yang dilantik sebagai Kolonel Komandan Pasukan Askar Wanita Askar Melayu Diraja Brunei.
- 20 November 1983 – Sebuah badan gabungan PBB memberi amaran bahawa, kira-kira 40 juta orang penduduk Afrika, Yaman, Amerika Tengah dan Selatan menghadapi ancaman kanser mata.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]










