Pada 19 November 1986, Utusan Malaysia melaporkan bantahan terhadap lawatan Presiden Israel, Chaim Herzog ke Singapura sampai ke kemuncaknya apabila Malaysia secara rasmi mengemukakan bantahan kepada Singapura manakala Menteri Besar Johor bertindak membatalkan penyerahan obor keamanan ‘Larian Dunia Pertama‘ kepada kerajaan republik itu.
Drama menentang zionisme itu bertambah hebat lagi apabila beberapa orang pemimpin persatuan bukan kerajaan bertindak berbaring di atas landasan kereta api bagi menyekat perjalanan dari Gemas ke Singapura.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 19 November 1984 – Seramai 200 orang mengalami kecederaan akibat kejadian rusuhan di Dhaka, Bangladesh kerana gagal mendapatkan tiket untuk menonton filem lakonan Bruce Lee.
- 19 November 1985 – Persatuan Pengguna Negeri Terengganu meminta pihak kerajaan supaya mendedahkan nama-nama persatuan pengguna yang didapati memburuk-burukkan kerajaan.
- 19 November 1986 – Seramai lima Orang Asli menjadi kumpulan pertama daripada etnik berkenaan yang dihantar untuk menunaikan umrah di Mekah oleh pihak kerajaan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]










