Pendidikan Islam dan moral diwajibkan disemua sekolah - Utusan Malaysia

Pendidikan Islam dan moral diwajibkan disemua sekolah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 27 Oktober 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pendidikan Islam dan moral akan menjadi mata pelajaran wajib dalam semua peperiksaan persekolahan di negara ini, demikian menurut Menteri Pelajaran, Tun Musa Hitam.

“Di bawah dasar baru ini, seseorang penuntut beragama Islam adalah diwajibkan mengambil mata pelajaran agama Islam dan bagi yang bukan Islam pula diwajibkan mengambil mata pelajaran moral”, katanya.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 27 Oktober 1975 – Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohamad Nasir menyeru para alim-ulama dan guru-guru agama supaya memerangi fahaman komunis kerana fahaman tersebut bertujuan menghancurkan agama Islam.
  • 27 Oktober 1977 – Siaran TV berwarna ke seluruh negara dijangka akan dilancarkan lebih awal bermula pada 31 Ogos tahun hadapan.
  • 27 Oktober 1979 – Bekas pegawai tentera serta Pesuruhjaya Tinggi British ke Tanah Melayu, Sir Gerald Templer, 81 tahun telah meninggal dunia di kota London.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN