Mangsa pertama surat berisi bom dari Malaysia - Utusan Malaysia

Mangsa pertama surat berisi bom dari Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 16 Oktober 1972, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seorang pekerja pos di New York telah mengalami kecederaan apabila sepucuk ‘surat berisi bom’ yang dikatakan dikirim dari Malaysia, meletup ketika beliau sedang menyusun surat-surat berkenaan.

Menurut William, 26 tahun, bahagian penutup sampul surat yang berukuran 8 x 10 inci kelihatan terbuka dan apabila beliau cuba untuk melekatkan semula, tiba-tiba sampul tersebut meletup di tangannya. Beliau dikejarkan ke Hospital Fordham dan keadaannya dilaporkan stabil.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 16 Oktober 1971 – Pihak UNESCO telah memberi sumbangan kewangan dan kelengkapan berjumlah RM5 juta kepada Politeknik Ungku Omar untuk tujuan pembelajaran di institusi berkenaan.
  • 16 Oktober 1973 – Ratusan rakyat Malaysia telah menghubungi Kedutaan Mesir di Kuala Lumpur untuk menjadi sukarelawan berjuang bersama-sama rakyat Arab menentang kekejaman Israel.
  • 16 Oktober 1974 – Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur diisytihar sebagai kawasan taun berikutan satu kejadian seorang wanita di Jalan Peel yang dimasukkan ke HKL kerana cirit birit.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN