Pada 10 Oktober 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan pasukan keselamatan bersama Malaysia-Thailand telah berjaya menawan sebuah lagi khemah latihan komunis di sempadan bersama dan mengusir pengganas-pengganas di dalamnya ke hutan di wilayah Malaysia.
Pasukan bersama tentera dan polis telah menawan khemah berkenaan di Betong, Thailand semalam, sehari selepas menawan khemah yang pertama. Kedua-dua khemah masing-masing mampu memuatkan seramai 400 orang pengganas komunis.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 10 Oktober 1974 – Presiden Amerika Syarikat, Gerald Ford menggesa rakyatnya yang kaya supaya membayar cukai lebih bagi menentang inflasi, menolong yang miskin dan membawa negara tersebut keluar daripada kemelesetan ekonomi.
- 10 Oktober 1975 – Majlis Agama Islam Negeri Kedah sedang menjalankan siasatan rapi mengenai peristiwa sebuah masjid di Kampung Tempoyak, Pendang yang ditutup ketika sambutan Hari Raya Aidilfitri 6 Oktober lalu.
- 10 Oktober 1977 – Mohamad Sisol Hashim, 16 tahun, pelajar Sekolah Menengah Guar Chempedak berjaya meyelamatkan seorang wanita dan anaknya daripada mati lemas dalam tali air di Simpang Tiga Sedaka, Yan, Kedah.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]