Pada 13 Oktober 1979, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seramai 117 orang daripada 15 keluarga hilang tempat tinggal dan harta benda akibat kebakaran di pekan Simpang Durian, Jelebu, Negeri Sembilan.
Kebakaran yang berlaku sekitar pukul 3.15 pagi itu memusnahkan tujuh buah kedai dan lapan buah rumah papan yang terletak sederet di pekan berkenaan. Jumlah kerugian dianggarkan berjumlah lebih RM245,000.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 13 Oktober 1977 – Sebuah pelabuhan perikanan moden yang berharga RM21.4 juta dibina di Chendering, Kuala Terengganu.
- 13 Oktober 1979 – Satu persetujuan telah dicapai bagi menubuhkan sebuah majlis syura ulama Malaysia untuk mengkaji, mendidik dan menyelesaikan pelbagai masalah berkaitan umat Islam.
- 13 Oktober 1982 – Hampir 14,000 hektar kawasan tanah terbiar di Jalan Endau, Mersing akan dijadikan sawah padi melalui skim FELCRA yang akan menempatkan kira-kira 3,000 orang petani.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]