Hukuman mati budak 14 tahun diringankan - Utusan Malaysia

Hukuman mati budak 14 tahun diringankan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 15 Oktober 1977, Utusan Malaysia melaporkan hukuman mati yang dikenakan ke atas seorang budak lelaki berumur 14 tahun dari Pulau Pinang atas kesalahan memiliki sepucuk pistol dan peluru secara haram di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri telah diringankan kepada tahanan atas ihsan Yang di-Pertuan Agong.

Keputusan berkenaan dibuat oleh Lembaga Pengampunan yang dipengerusikan oleh Yang di-Pertuan Agong sendiri bersidang bagi menimbangkan hukuman mati yang dijatuhkan oleh Hakim Fred Arulanandom di Mahkamah Tinggi Pulau Pinang pada 25 Ogos lalu.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 15 Oktober 1972 – Biro Buruh MCA telah menubuhkan Jabatan Bantuan Guaman untuk menyediakan khidmat bantuan guaman secara percuma kepada ahli- ahli kesatuan sekerja.
  • 15 Oktober 1974 – Pelumba Amerika Syarikat, Noeman Kouba muncul juara Kejohanan Rothman Motor Cross Goodyear pusingan kelima yang diadakan di Shah Alam, Selangor.
  • 15 Oktober 1977 – Seramai 300 pekerja Malaya Glass Factory di Johor Bahru bertindak meneruskan mogok sejak seminggu yang lalu jika pihak majikan enggan menyelesaikan tuntutan mereka.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN