Pada 11 September 1975, akhbar Utusan Malaysia melaporkan Panggung Wayang REX di Jalan Sultan, Kuala Lumpur musnah terbakar awal pagi hari ini dan pihak polis telah menjumpai mayat seorang pekerja di hadapan panggung berkenaan.
Ketua Siasatan Jenayah Polis Bandaraya, Penguasa M. Balasundram memaklumkan, Panggung REX berkemungkinan besar dibakar dan sekurang-kurangnya tiga hingga empat orang terlibat dalam kejadian tersebut.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 11 September 1973 – Pelajar-pelajar Malaysia di New Zealand dikesan telah diperalat untuk terlibat dalam kegiatan subversif komunis menurut Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Jack de Silva.
- 11 September 1976 – Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan sedang mengkaji kemungkinan makyong dan wayang kulit diubahsuai sama ada daripada segi loghat atau alat-alat permainannya.
- 11 September 1979 – Jabatan Veterinar Kedah telah menerima sebanyak 150 ekor lembu jenis ‘Drough Master’ untuk tujuan pembiakan di negara ini.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]