Pada 26 Ogos 1982, akhbar Utusan Malaysia melaporkan seorang wanita muda Perancis, Saubin Beatrice hari ini terselamat daripada tali gantung apabila hukuman mati atas kesalahannya mengedar 534 gram heroin diringankan oleh Mahkamah Persekutuan kepada penjara seumur hidup.
Mahkamah sebelum menjatuhkan hukuman berkenaan bagaimanapun telah menolak rayuan Saubin, 22 tahun, terhadap sabit kesalahan mengedar dadah tersebut di Lapangan Terbang Antarabangsa Bayan Lepas, Pulau Pinang pada 27 Januari 1980 jam 2.15 petang.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 26 Ogos 1982 – Seorang pakar jiwa Universiti Harvard, Profesor Herbert C. Kelman yang menemubual Presiden Yasser Arafat, kagum dengan cara berfikir dan mudah bertolak ansur serta pragmatisme politik beliau.
- 26 Ogos 1983 – Sekolah Menengah Kebangsaan Bingkur, Keningau, Sabah terpaksa ditutup sepenuhnya setelah 13 orang pelajarnya diserang histeria.
- 26 Ogos 1984 – Lagu ‘Malaysiaku Indah’ ciptaan Johar Bahar menjadi johan dalam pertandingan mencipta lagu-lagu patriotik sempena Hari Kebangsaan 1984.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]