Pada 15 Ogos 1976, Utusan Malaysia melaporkan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mansor Mohamed Noor dedahkan tentang Gerakan dan kejayaan pihak polis memberkas orang yang bertanggungjawab mengebom Tugu Negara.
Menurutnya, kejayaan itu berikutan tertangkapnya beberapa orang Ahli Jawatankuasa Kawasan (AJKK) yang digelar sebagai Barisan Pembebasan Nasional Malaya (BPNM) pada 30 Julai lalu.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 15 Ogos 1975 – Seorang petani terbunuh setelah terpijak sebutir bom perangkap yang dipercayai dipasang oleh pengganas komunis di hutan simpan Ulu Muda, Sik, Kedah.
- 15 Ogos 1976 – Tengku Razaleigh Hamzah mendedahkan terdapat tali barut komunis yang menjalankan gerakan menghasut di pejabat-pejabat kerajaan, kilang-kilang hingga ke sekolah.
- 15 Ogos 1979 – Tabung Kumpulan Modal Bumiputera Pertama yang diuruskan oleh Amanah Saham MARA mengeluarkan dividen 10 peratus kepada para pemegang unitnya.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]