Pada 13 Ogos 1981, akhbar Utusan Malaysia melaporkan bandar Bentong yang terkenal dengan jolokan ‘Bandar Emas‘ akan menempa satu sejarah baharu, dahulunya ditadbir di bawah Majlis Bandaran Bentong, kini dikenali sebagai Majlis Daerah Bentong.
Bentong mempunyai kira-kira 50,000 penduduk dan keluasaannya 42 batu persegi meliputi lima buah kawasan iaitu Sungai Dua, Telemong, Manchis, Karak dan Bukit Tinggi.
Antara peristiwa lain yang menarik.
- 13 Ogos 1978 – Institut Teknologi MARA (ITM) akan menjadikan mata pelajaran tamadun Islam sebagai salah satu mata pelajaran akademik di institut berkenaan.
- 13 Ogos 1980 – Jabatan Kajibumi dan Kerajaan Negeri Sembilan akan membuat kajian bagi menentukan jumlah himpunan bijih emas yang masih tertanam di enam kawasan di negeri berkenaan.
- 13 Ogos 1983 – Kakitangan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dikejutkan dengan satu panggilan telefon yang mengatakan terdapat sebutir bom telah dipasang di pekarangan mahkamah berkenaan.
Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]