'Kuda Buta' dijatuhi hukuman mati - Utusan Malaysia

‘Kuda Buta’ dijatuhi hukuman mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Pada 18 Ogos 1982, Utusan Malaysia melaporkan pembunuh anggota polis, Yahya Hassan iaitu, H’ng Hung Song yang turut dikenali sebagai ‘Kuda Buta‘ dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur kerana melepaskan tembakan sewaktu merompak sebuah kedai emas di Jalan Tuanku Abdul Rahman pada 2 Mac lalu.

H’ng, 21, seorang penganggur mengaku salah menembak mati anggota polis, Yahya, 23, pada pukul 2.15 petang sewaktu merompak Kedai Emas Yew Lee dan melarikan barangan kemas bernilai RM150,000.

Antara peristiwa lain yang menarik.

  • 18 Ogos 1982 – Penyanyi terkenal, Datuk Jamal Abdillah buat pertama kalinya akan diambil berlakon dalam sebuah filem yang berkisar tentang kisah anak muda bersama Fauziah Ahmad Daud .
  • 18 Ogos 1983 – Menurut DBP, gelaran ‘Yang Mulia‘ tidaklah terbatas penggunaannya kepada golongan diraja atau Arab sahaja, tetapi boleh digunakan kepada sesiapa sahaja yang dianggap mulia atau yang kita muliakan.
  • 18 Ogos 1984 – Kesatuan Sekerja Kakitangan Lembaga Pelabuhan Kelang (PASU) berubah fikiran dengan menyokong langkah kerajaan yang ditentangnya dahulu untuk menswastakan Pelabuhan Kelang.

Dapatkan maklumat lanjut di Pusat Maklumat dan Arkib Media Mulia Sdn Bhd. Sebarang urusan pertanyaan atau pembelian bahan-bahan arkib sila hubungi kami di nombor telefon: 03-74556428/019-3330317 atau e-mel ke: [email protected]

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN